Diberdayakan oleh Blogger.
RSS

GANGGUAN PADA BAYI

Gangguan pada bayi

Pengalaman pertama merawat seorang bayi kadang-kadang mencemaskan kita. Kebimbangan mi bertambah besar kalau tidak ada keluarga atau kawan yang boleh dijadikan tempat bertanya.
Bayi baru lahir memang peka terhadap lingkungan barunya. Beberapa organ tubuhnya juga ada yang belum terbentuk dengan sempurna. Keadaan inilah yang selalu menyebabkan bayi mengalami gangguan-gangguan tertentu.
Ada beberapa gangguan ringan yang selalu berlaku pada bayi baru lahir. Gangguan ini boleh muncul tiba-tiba tanpa dimulai dengan gejala atau keluhan lainnya. Boleh juga gangguan ini merupakan reaksi bayi terhadap lingkungan barunya atau akibat kelainan alat tubuh bayi. Walaupun keadaan gangguan tersebut umumnya ringan, tidak bererti anda boleh mengabaikan keadaan ini. Berbekalkan pengetahuan tentang jenis gangguan, diharapkan anda dapat mengatasi masalah tersebut.

Berhati-hati terhadap gejalaBerbagai gangguan pada alat tubuh atau pada sistem tubuh bayi tanpa dimulai dengan gejala yang mencuriga-kan. Gangguan seperti ini umumnya berlaku kerana organ tubuh tersebut belum terbentuk dengan sempurna sehingga tidak mampu melakukan tugasnya dengan baik. Namun, boleh juga gangguan tersebut berlaku akibat adanya kelainan yang menetap pada tubuh. Dan keadaan yang terakhir ini biasanya memerlukan tindakan khusus.
Faktor ibu atau pengasuh sebagai penyebab gangguan pada bayi selalu juga berlaku. Misalnya pada masalah bayi gemuk, hal ini banyak dipengaruhi
oleh corak makan dalam keluarga walaupun faktor keturunan juga memegang peranan. Gangguan akibat kelainan pada organ tubuh bayi juga selalu berlaku.
Dalam menghadapi kemungkinan gangguan ini, orang tua harus mengetahui jenis gangguan apa saja yang paling kerap menyerang bayi. Dengan pengetahuan tersebut, diharapkan mereka boleh mengatasi keadaan dengan baik. Orang tua juga harus mempunyai pengetahuan khusus agar dapat bertindak cepat dan tahu ke mana harus minta pertolongan bila tidak dapat mengatasi keadaan. Begitu juga alamat dan nombor telefon doktor juga hospital terdekat yang dapat diharapkan pertolongan.
Namun yang lebih penting ialah sikap tenang dan tidak panik. Sikap seperti ini banyak menolong mengatasi gangguan terhadap bayi terutama kalau gangguan yang berlaku bersifat spontan. Kalau kelainan atau gangguan yang berlaku sangat membimbangkan orang tua, konsultasi dengan doktor atau pakar lainnya merupakan tindakan yang bijaksana.
Apakah bayi anda mengalami gangguan ini?
Mengenali gejala sebelum gangguan berlaku adalah tindakan terpuji. Namun, kalau gangguan berlaku secara spontan dan tidak disertai gejala tentu keadaan tersebut dapat membuat anda panik. Ada beberapa gangguan yang selalu menyerang bayi terutama pada bulan-bulan pertama setelah kelahirannya. Gangguan tersebut ialah,
Muak (muntah susu).hampir semua bayi pernah mengalami keluarnya sejumlah makanan atau
minuman yang baru ditelannya. Keadaan ini umumnya tidak berbahaya selagi tidak berlaku terus menerus dengan gejala-gejala khusus. Penyebabnya berbagai-bagai, antara lain kerana proses alamiah atau fisiologi akibat pemberian makanan yang salah ataupun pemberian makanan yang berlebihan. Muak juga berlaku kerana cara menghadapi bayi yang salah, adanya hambatan atau keadaan tersumbat pada kerongkong sejak lahir dan adanya kerosakan pada kerongkong akibat penyakit. Muak yang perlu mendapat perhatian khusus ialah akibat penyempitan kerongkong yang pendek atau kerana kelainan pada daerah pertemuan kerongkong dan langit-langit. Umumnya muak yang berlaku disertai dengan kesulitan menelan atau bayi sangat sukar menerima makanan padatnya. Pada keadaan yang parah, muak akibat kelainan pada daerah kerongkong boleh menurunkan berat badan bayi yang boleh pula menyekat perkembangan bayi.
Cara mengatasinya;Perhatikan cara memberi air susu ibu, susu botol ataupun makanan pada bayi. Usahakan agar pemberiannya tidak terlalu lama untuk menghindari bayi tersedak. Pemberian air susu ibu, susu botol atau makanan harus hati-hati dan tidak berlebihan.
Puting susu yang terlalu kecil atau tersumbat, lubang puting botol susu yang terlalu kecil mahupun puling susu yang terbenamjuga dapat mengakibatkan muak. Hal ini berlaku kerana bayi memperpanjang waktu meneteknya sehingga jumpa udara yang masuk ke dalam mulut meningkat dan mengakibatkan muak. Dari itu, perhatikanlah lubang puting bayi dan untuk puting yang terbenam boleh dilakukan rawatan khusus semasa hamil. Jangan mengangkat-angkat bayi atau menggoncang-goncangkannya sebaik saja ia selesai menyusu atau makan. Kalau muak berlaku terus menerus disertai kesulitan menelan, segeralah hubungi doktor untuk mendapat rawatan lebih lanjut.
MuntahMuntah pada bayi boleh berlaku kerana adanya gangguan kesihatan. Walaupun umumnya muntah bukan mempakan tanda adanya kelainan, keadaan ini juga boleh dijadikan penyebab bahawa keadaan bayi tidak sempurna. Penyebab muntah pada bayi boleh berbagai-bagai. Pada bayi baru lahir, keadaan ini boleh disebabkan kerana masalah pada waktu kelahiran. Umumnya hal ini berlaku kerana pemakaian alat-alat pembantu kelahiran yang secara tidak sengaja menimbulkan kerosakan pada otak. Kelainan bawaan seperti kerosakan pada otak akibat zat kuning (bilirubin) juga dapat menimbulkan gangguan pada pusat muntah. Bahkan penyakit-penyakit akibat kelainan metabolisme makanan seperti peningkatan kadar kalium dan lain-lain juga boleh mengakibatkan muntah.
Muntah yang berlaku pada bayi yang lebih besar boleh disebabkan oleh beberapa keadaan; iaitu tekanan di otak, pengaruh ubat-ubatan tertentu, cara menyusui atau pemberian makanan yang salah. Pada waktu bayi menangis selalu juga berlaku muntah kerana waktu itu langit-langit bayi berisi udara yang merangsang langit-langit memuntahkan isinya. Gangguan saluran pencernaan pada bayi juga boleh menyebabkan muntah.
Cara mengatasinya;Kalau bayi muntah, perhatikan banyaknya muntah yang keluar. Muntah yang terlalu kerap berlaku boleh mengakibatkan tubuh kekurangan cairan. Kekurangan cairan tubuh ini hams segera diganti dengan memberikan minuman sebanyak-banyaknya atau kalau tidak memungkinkan, boleh dilakukan infus. Kalau bersama muntah keluar darah, bererti bayi dalam keadaan membimbangkan. Dalam keadaan ini, jangan lakukan tindakan apapun untuk menghentikan muntah tersebut. Cepat bawa bayi ke doktor terdekat untuk mendapatkan pertolongan awal.
Kembung perutKembung perut selalu ditandai dengan keadaan bayi yang cerewet, gelisah dan menangis terus menerus. Kembung perut merupakan rasa sakit pada perut atau usus besar yang kadang-kala hilang timbul dengan sendirinya. Kerana bayi belum boleh bercakap, ia hanya dapat menangis. Umumnya kembung perut berlaku pada waktu senja atau malam hari.
Penyebab kembung perut adalah udara yang masuk ke dalam langit-langit ketika bayi sedang menyusu. Hal ini boleh berlaku kerana puting susu ibu tenggelam, lubang puting botol bayi terlalu kecil ataupun bayi menangis terlalu lama.ketika menunggu makanannya yang belum siap. Penyebab lain ialah adanya kesalahan pada cara memberi susu pada bayi, ibu yang gelisah dan keadaan lain yang tidak menyenangkan bayi.
Cara mengatasinya;Kalau penyebab kembung perut ialah udara yang masuk ke dalam langit-langit bayi, maka usahakan bayi bersedawa setelah ia menyusu. Caranya; setelah bayi selesai menyusu, peluklah tubuhnya dengan mengendongnya dalam kedudukan tegak. Kemudian tepuklah perlahan-lahan belakangnya. Boleh juga bayi diletakkan dalam keadaan duduk sambil menepuk belakangnya perlahan-lahan.
Selain itu, perhatikan puting yang digunakan bayi, apakah lubangnya sudah mencukupi besarnya. Pada waktu menyusu, usahakan agar suasananya tenang dan nyaman agar anda dapat menikmati keadaan menyusui tersebut dengan baik.
Cirit-biritUmumnya bayi mengalami cirit-birit akibat susu tin yang tidak sesuai atau ada kelainan pada sistem pencernaannya. Namun, kita harus perhatikan kotoran yang dikeluarkan bayi pada minggu-minggu pertama kelahirannya. Bayi yang menerima air susu ibu mengeluarkan kotoran yang kuning kehijauan. Kotoran ini kadangkala keluar sebaik saja bayi sudah menyusu sehingga membuat ibu bimbang. Cirit-birit akibat penyakit sangat berbahaya pada bayi kerana boleh berakibat bayi kekurangan cairan tubuh. Tanda-tanda bayi yang mengalami gangguan selain cirit-birit, nafsu makan hilang, suhu tubuh meningkat dan warna kotoran menjadi hijau.
Cara mengatasinya;
Selagi bayi baru lahir hanya menge-luar kotoran sebaik saja diberi minum tanpa disertai gejala penyakit, hal ini tidak perlu dibimbangkan. Namun okalau ia memperlihatkan gejala sakit, cepatlah bawa bayi ke doktor. Perhatikan juga apakah bayi mengalami cirit-birit setelah ia diberi susu tin. Kalau susu tin tidak sesuai bagi bayi, gantijenis susu tin yang sesuai dengan nasihat doktor. Bayi yang menderita cirit-birit sebaiknya mendapat rawatan khusus. Jagalah kebersihan lingkungan bayi dan berilah ia cairan secukupnya.
SembelitBila bayi yang minum susu botol tidak buang air besar selama satu hari, tidak perlu anda bimbangkan. Hanya bila buang air besarnya tidak teratur dan kotorannya mengeras, mungkin bayi anda mengalami sembelit. Penyebab sembelit pada bayi umumnya kerana ia kurang menerima cairan yang dapat melembutkan kotorannya. Memang kerap ibu lupa member! air masak setfclah bayinya menyusu, sedangkan air susu saja tidak mencukupi.
Cara mengatasinya;Berilah bayi air masak setiap kali ia sudah menyusu. Kalau tindakan ini belum juga menolong, cepat bawa bayi ke doktor untuk mengenal penyebab gangguan penyakit ini.
Kesulitan tidurKira-kira satu pertiga daripada bayi yang baru lahir mempunyai keperluan tidur yang tidak teratur. Bayi yang sukar tidur, mulai dari minggu pertama sampai keenam selalu tidur pada waktu makannya, setelah itu ia akan tetap bangun atau hanya menangis. Sebenarnya bayi tidur sesuai dengan keperluan tubuhnya.
Keperluan tidur bayi pada usia kurang daripada sembilan bulan lebih 14 hingga 16 jam sehari. Boleh saja mereka hanya tidur sembilan jam atau melebihi hingga 18 jam sehari. Malam harinya umumnya mereka tidur selama 12 jam dan siang hari sekitar dua jam. Setelah sembilan bulan, bayi boleh memaksa dirinya untuk tetap terbangun. Hal ini disebabkan kerana ia terlalu berghairah pada suasana sekelilingnya yang ramai atau bayi terlalu tegang kerana pengaruh lingkungannya. Ada juga bayi yang susah dipisahkan dari ibunya ketika akan tidur.
Menjelang usia satu tahun, seorang bayi yang biasanya tidur dua kali sehari mulai mengubah cara tidurnya menjadi satu kali sehari. Sebenarnya keadaan ini menguntungkan kerana tidak akan merosak tidur malamnya. Tetapi, tentu saja anda harus tetap mengusahakan agar bayi berehat tanpa harus tidur.
Cara mengatasinya;Sebenarnya tidak ada cara yang dapat anda lakukan untuk mengubah corak tidur bayi. Cara yang paling baik hanyalah anda harus menyesuaikan irama tidur mereka. Yang penting, anda harus menyesuaikan corak tidur anda dengan mereka. Waktu yang paling tepat bagi bayi untuk tidur ialah sekitar tiga jam sebelum waktu makannya. Patuhilah peraturan ini dan jangan mengangkat bayi pada waktu-waktu tidur tersebut walaupun bayi terjaga. Kalau anda mengangkatnya bererti anda akan mengganggu waktu tidurnya.
Gangguan kulitWalaupun sudah dilakukan penjagaan dengan baik, kadang-kadang kulit bayi yang peka masih juga mengalami ber-bagai gangguan. Gangguan yang selalu berlaku ialah;
- Gatal berpeluh. Udara panas hampir pasti menyebabkan gatal berpeluh. Gangguan ini dikenali dengan adanya ruam kulit disertai bintik-bintik
putih yang menonjol dan melecet. Umumnya gatal berpeluh ini terdapat di bahagian leher, bahu dan dapat merebak ke bahagian dada dan bela-kang. Bahkan bolehjuga merebak ke bahagian muka dan sekeliling telinga.
Cara mengatasinya;Kalau udara terlalu panas, basuh ‘ badan bayi dengan air suam-suam kuku. Usahakan agar bayi tetap dalam keadaan sejuk. Jangan lupa mengeringkan bekas air basuhan tadi dari tubuh bayi dan berilah pakai bedak khusus padanya. Gunakan baju yang diperbuat dari bahan sejuk seperti kain kapas.
- Ruam lampin. Gangguan kulit ini berlaku di bahagian-bahagian yang tertutup seperti di lipatan peha, pangkal peha bahagian bawah, punggung dan daerah kemaluan. Selagi kebersihan dijaga, ruam lampin tidak akan menyerang bayi. Penyebab umumnya ruam lampin ialah kerana lampin yang basah tidak cepat ditukar atau kerana bayi memang menderita kelainan kulit seperti alergi. Kulit lembab dan kotor
itulah yang mempercepatkan berlakunya ruam lampin. Keadaan lembab seperti ini baik untuk perkembangan kuman, vims atau bakteria.
Cara mengatasinya;Jagalah kebersihan lampin bayi dan bahagian yang tertutup lampin. Jangan gunakan lampin terlalu ketat dan rapat, lampin yang terbuat dari getah, plastik, kanvas atau bahan yang tidak menyerap air. Setiap kali menukar lampin, bersih dan keringkan kulit bayi. Lampin yang sudah digunakan harus dicuci bersih. Jangan digunakan sebarang sabun untuk kulit bayi yang peka tersebut. Kalau terdapat sisa sabun pada kulit bayi, cepat bersihkan.
- Kepala berdaki. Di ubun-ubun bayi selalu muncul kotoran yang sangat mengganggu. Penyebabnya kerana bayi tidak cukup memiliki rambut untuk menyerap seluruh minyak yang dihasil-kan oleh kulit kepala. Akibatnya, debu dan serat-serat halus akan melekat pada bahagian yang berminyak tersebut dan membentuk daki.
Cara mengatasinya;Sapu minyak bayi pada bahagian yang berdaki tersebut setiap malam. Kemudian, ketika mandi keesokan
harinya, bahagian tersebut boleh diber-sihkan dengan menggunakan sikat rambut yang bergigi halus.
- Kulit melecet. Gangguan ini di-tandainya dengan adanya kemerahan di bahagian sekitar peha atau punggung sebelah dalam. Umumnya keadaan ini berlaku pada bayi gemuk yang memiliki banyak lipatan terutama pada waktu udara panas. Bolehjuga berlaku kerana gesekan lampin yang digunakan bayi.
Cara mengatasinya;Be daki tubuh bayi pada bahagian yang banyak lipatan dan berhati-hati. Jangan gunakan lampin terlalu ketat dan jagalah kebersihannya.
KegemukanSebahagian besar masalah kegemukan disebabkan oleh faktor keturunan. Walaupun demikian, cara pemberian makanan yang berlebihanjuga dapat menyebabkan kegemukan. Orang gemuk memiliki kecenderungan mudah terkena penyakit-penyakit tertentu mahupun gangguan lainnya.
Cara mengatasinya;Kalau bayi anda cenderung gemuk perhatikan makanannya. Caranya dengan mengawasi pemberian makanan tambahannya. Untuk mengetahui aturan dalam mengawasi makanan ini, ada baiknya anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihatnya.
AlergiAlergi umumnya dihubungkan dengan faktor keturunan. Ertinya, kalau salah seorang anggota keluarga men-derita alergi, ada kemungkinan penyakit tersebut menurun pada anggota keluarga yang lain. Penyebab alergi bermacam-macam. Bolehjadi kerana makanan, ubat-ubatan atau benda-benda lain yang ada di sekeliling bayi. Pemeriksaan teliti terhadap alergi akan sangat mem-bantu mengatasinya. Ini adalah kerana sebahagian besar alergi hanya boleh dicegah dengan menghindari penyebabnya.
Cara mengatasinya;Bayi yang lahir dalam keluarga yang mendapat alergi, sebaiknya diberi air susu ibu selama mungkin. Tundalah pemberian makanan yang bersifat alergik seperti susu lembu, telur, daging dan lain-lainnya sehingga bayi berusia tujuh hingga sembilan bulan. Pada usia tersebut, usus bayi diharapkan dapat menghazam makanannya dengan sempurna. Perhatikanlah apa penyebab alergi pada bayi anda, kemudianjauhkan benda-benda tersebut dari bayi.
Alergi ubat harus menjadi perhatian orang tua. Perhatikan dengan teliti ubat-ubatan jenis apa saja yang membuat kulit bayi kemerahan dan gejala yang tidak wajar. Beritahu doktor pada waktu berjumpa dengannya bahawa bayi anda alergi terhadap suatu jenis ubat.
Kelainan pada alat kelamin.Bayi lelaki pada umumnya lebih sering mengalami gangguan pada alat kelamin dibandingkan dengan bayi perempuan. Kelainan tersebut antara lain ialah fimosis, kelainan pada muara air kencing dan hernia. Fimosis merupakan kelainan akibat adanya pelekatan kulit penis pada bahagian kepala penis. Akibatnya saluran air kencing pun tertutup dan bayi mengalami kesulitan buang air. Sedangkan kelainan muara air kencing (hypospadia) merupakan kelainan bawaan di mana air kencing bayi tidak terletak pada hujung penis. Hal ini menyebabkan air kencing yang keluar tidak memancut seperti bayi normal lainnya. Keadaan ini boleh berlanjutan menjadi masalah psikologi anak. Hernia tidak hanya menyerang orang dewasa. Jenisnyajuga bermacam-macam. Umumnya hernia sudah ada sejak bayi lahir tetapi benjolannya baru nampak kalau dalam perut terjadi tekanan kuat pada waktu menangis atau batuk yang teruk.
Cara mengatasinya;Kalau berlaku kelainan pada alat kelamin bayi anda, segeralah hubungi doktor terdekat. Doktor biasanya akan melakukan tindakan secepatnya dan kalau perlu dalam masalah hernia, melakukan tindakan pembedahan. Perlaksanaannya bergantung pada usia penderita.
Pada masalah fimosis pula, biasanya bayi akan disunat.
Menangis.Minggu-minggu pertama selepas kelahirannya, bayi selalu menangis tanpa sebab yang menentu. Kadang-kadang tangisan bayi merupakan tindakan protes bahawa lingkungan baru-nya tidak senyaman rahim ibunya. Namun ianya boleh juga dimaksudkan sebagai bayi terasa lapar, lampinnya basah, tubuhnya terasa sakit, kesunyian dan lainnya.
Untuk dapat memahami erti tangisan, bayi diperlukan waktu kurang dari-pada tiga bulan. Ini adalah disebabkan setiap jenis tangisan bayi berbeza untuk setiap pernyataan yang ingin disampai-kan. Seorang bayi yang terjaga menangis duajam dari waktu menyusu terakhirnya. Juga bila ia menangis antara dua setengah hingga tiga jam setelah susuan terakhir. Keadaan ini mungkin kerana keperluan bayi akan susu bertambah dengan bertambahnya usianya atau mungkin juga kerana air susu ibu yang anda berikan mulai menurun pengeluarannya. Bayi yang sakit, selain dari selalu menangis, juga memperlihatkan gejala penyakit. Misalnya saja, keluar lendir dari hidung atau batuk.
Hanya beberapa bayi saja yang tidak merasa selesa dengan lampin yang basah. Mereka yang tidak suka lampin basah akan segera menangis sebaik saja dia merasa basah.
Kalau bayi menangis diawali dengan jeritan yang mengejutkan segera periksa tubuhnya. Mungkin ada serangga atau benda tajam yang mencucuknya. Walaupun hal ini jarang berlaku, tidak ada salahnya anda lebih berhati-hati memperhatikan kemungkinan-kemungkinan ini. Bayi juga menangis kerana beberapa sebab tertentu seperti kehausan, merasa tidak nyaman, kolika, kesunyian, tumbuh gigi atau lelah.
Bayi yang kesunyian biasanya akan berhenti menangis sebaik saja anda berada dekatnya, namun ada juga bayi yang menangis secara rutin pada malam hari dan ia akan berhenti kalau anda menemaninya.
Cara mengatasinya;
Dengan mengenal penyebab tangis bayi, akan lebih mudah bagi anda mengatasi masalah tersebut. Tetapi, untuk mengenal penyebab ini masih diperlukan waktu. Yang penting, anda mengenal dan mempelajari kebiasaan si bayi pada suara tangisannya dan keadaan di sekitar bayi. Cara yang tepat untuk mengatasi tangisan bayi kerana merasa tidak nyaman ialah dengan mencari penyebab rasa tidak nyaman itu tadi. Misalnya saja, ruam lampin, penyakit kulit, lampin basah ataupun bayi kesejukan.
Ada bayi yang menangis kerana mereka kesunyian atau kerana susah tidur. Carilah penyebab kenapa ia sukar tidur dan cubalah mengatasinya. KalaU anda sudah mencuba mencari penyebabnya tetapi masih juga menangis, bertanyalah doktor keadaannya itu.
Mata malas;Kalau seorang bayi berusia enam bulan belum sanggup mengatur kedua matanya dengan baik, mungkin bayi anda mengalami mata malas. Keadaan ini boleh berlanjutan dan menyebabkan matanya juling kerana bayi hanya menggunakan salah satu matanya saja untuk melakukan kegiatan melihat. Kalau hal ini tidak cepat diatasi, kelainan yang lebih mengganggu akan berlaku.
Cara mengatasinya;Waspadalah terhadap gejala mata malas ini terutama pada waktu berusia enam bulan. Umumnya mata malas tidak disertai kelainan gerak pada setiap bola mata. Kalau memang sejak lahir bayi memperlihatkan kelainan gerak mata, anda sebaiknya terns berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Dalam hal ini, anda tidak perlu menunggu hingga ia berusia enam bulan. Biasanya doktor pakar mata akan cepat mengetahui tidak adanya koordinasi pada mata tersebut sebagai akibat mata malas atau kerana gangguan pada otot gerak mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...